Showing posts with label -wanita-. Show all posts
Showing posts with label -wanita-. Show all posts
Monday, January 10, 2011
nak cantik macam siti nurhaliza?????
Assalamualaikum..alhamdulillah..hari ni diberi peluang bernafas lagi..boleh kata penat juga hari ni..dok main ujan..tak sedar suara da macam puteri katak..nak jugak main hujan..hari ni sempat la dok memerhati pelbagai ragam manusia..so hari ni nak cakap pasal cantik...apa maksud cantik ni ek???pernah jugak terfikir..cantik muka ke??badan??apa lg....cantik tu very subjektif..dia tak macam fizik..just hitam atau putih je..kalau nak diibaratkan..cantik tu macam PELANGI..macam2 warna..byk cabang...sopan..lemah lembut tu pun cantik..
kadang2 kita selalu tak perasan..dok pakai mekap tebal seinci..dok letak lipstik merah menyala kat bibir..semua tu sebenarnya da tutup keindahan istimewa yang Allah da bagi..kasihan anggota badan kita..tak dapat bernafas..tu belum lagi buat surgeri..suntik botox..sume tu sementara je..tak sampai 2-3 bulan da kena suntik lagi...
susahkan..tak sakit ke???pakai duit lagi..berbaloi tak habiskan beribu-ribu ringgit semata2 untuk suntikan nie?? nak tau apa kesannya??
nak ke jadik macam nie??elok2 muka Allah da ciptakan wajah setiap ciptaanNya dengan sebaik-baik kejadian..kte duk ubah dengan tak ada rasa bersalahnya..walhal Majlis Fatwa Kebangsaan da putuskan penggunaan suntikan komestik botox adalah haram untuk tujuan kecantikan..bukan sahaja bertentangan dengan agama islam..tapi boleh memudaratkan kesihatan..
kawan2..nak cantik secara semulajadi tak??meh nak kongssi rahsia sikit....pastu kte sebar2 kan ye...
For attractive lips..speak words of kindness...
For lovely eyes..seek out the good in the people...
For a slim figure..share your food with the hungry...
For beautiful hair..let a child run his or her fingers through it once a day..
For poise..walk with the knowledge that you will never walk alone...
People..even more than things to be RESTORED, RENEWED, REVIVED, RECLAIMED and REDEEMED...
NEVER throw out anybody...
REMEMBER, if you ever need a helping hand, you'll find one at the end of your arm...
As you grow older..you will discover that you have TWO HANDS..ONE for helping yourself..and ONE for HELPING OTHERS..
the beauty of the women....
NOT IN THE CLOTHES SHE WEAR... OR
THE FIGURE THAT SHE CARRIES.. OR
THE WAY SHE COMBS HER HAIR...
the beauty of the woman.....
MUST be seen from her EYES....
because that is the DOORWAY to her HEART..
the place where LOVE RESIDES...
The beauty of the woman is NOT in a FACIAL MOLE..
But..true beauty in a woman..reflected in her SOUL..
It is the CARING..that she lovingly GIVES..
the PASSION that she SHOWS..
and the BEAUTY of a WOMAN..with PASSING YEARS..
ONLY GROWS!!!!!!
Sunday, January 9, 2011
sebab mata lelaki gemar melihat badan wanita..
p/s: bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
wasalam………………….
Subscribe to:
Posts (Atom)
muslimah.....
we are all knowledge seeker..we'll never stop searching for knowledge until we die....







