01.Ikhlas 02.Dimulakan dengan memuji allah kemudian diikuti dengan salawat ke atas nabi saw dan mengakhiri doa dengannya juga. 03. Bersungguh-sungguh ketika berdoa dan penuh keyakinan akan diperkenankan oleh allah. 04.Membaca doa dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah. 05.Menghadirkan hati ketika berdoa (tidak berkhayal kepda perkara lain) 06.Sentiasa berdoa samada diwaktu senang atau ketika waktu susah. 07.Tidak meminta kecuali kepada allah yang maha esa. 08.Tidak mendoakan keburukan ke atas isteri, harta benda, anak-anak, atau ke atas diri sendiri. 09.Merendahkan suara ketika berdoa antara dengar atau tidak. 10.Pengakuan terhadap segala dosa yang dilakukan dan memohon keampunan darinya dan pengakuan terhadap segala nikmat dan bersyukur di atas segala kurniaan allah tersebut. 11.Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah) 12.Bersifat merendah diri, khusyu’, mengharap dan gerun terhadap allah. 13.Memulangkan hak, meminta maaf terhadap orang yang dizalimi beserta taubat. 14.Mengulang-ulangkan doa sebanyak tiga kali . 15.Mengadap kiblat. 16.Mengangkat dua tangan ketika berdoa. 17.Berwudhu’ sekiranya mudah berbuat demikian. 18.Tidak keterlaluan dalam berdoa (minta perkara yang pelik-pelik dan tidak munasabah sebagai seorang hamba, seperti nada paksaan agar allah perkenankan) 19.Hendaklah orang yang berdoa, memulakan doa untuk dirinya terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain. 20.Bertawassul dengan nama-nama allah (asma ul-husna) dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan dengan amalan soleh yang dialkukan oleh orang yang berdoa atau dengan doa seseorang yang masih hidup. 21.Memastikan makanan, minuman dan pakain dari sumber yang halal. 22.Melaksanakan peranan amar ma’ruf dan nahi munkar. 23.Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat, zahir dan batin. Selain itu terdapat juga waktu mustajab utk berdoa..antaranya: 01. Malam Lailatul Qadar 02. Bahagian malam yang terakhir. 03. Selepas solat lima waktu 04. Masa waktu azan dan iqamah 05. Satu waktu setiap malam 06. Ketika azan untuk solat 07. Ketika hujan turun 08. Ketika mempersiapkan barisan untuk jihad fisabilillah 09. Satu waktu di hari Jumaat, pendapat yang paling tepat ialah di akhir waktu asar pada hari Jumaat atau ketika khutbah dan solat Jumaat 10. Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik 11. Ketika sujud 12. Ketika terbangun di tengah malam dan berdoa dengan doa yang makthur 13. Ketika tidur dalam keadaan suci dan berdoa 14. Ketika berdoa 15. Doa manusia di sisi orang yang seedang nazaak 16. Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir 17. Ketika berdoa dengan menyebut nama Allah Yang Maha Agong 18. Doa seseorang terhadap saudaranya yang tiada disisinya.(ghaib) 19. Doa pada hari Arafah diarafah 20. Doa sepanjang bulan Ramadhan 21. Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis zikir. 22. Doa ketika ditimpa musibah 23. Doa yang penuh dengan pertautan hati dengan Allah dan dengan penuh keikhlasan 24. Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya. 25. Doa ayah untuk anak atau doa anak untuk ayahnya. 26. Doa orang yang sedang musafir 27. Doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka 28. Doa orang yang berpuasa ketika berbuka 29. Doa orang yang terdesak atau terpaksa 30. Doa pemimpin yang adil 31. Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya. 32. Doa ketika berwudhu’ dengan doa yang makthur mengenainya. 33. Doa selepas melontar jumrah as-Sughra 34. Doa selepas melontar jumrah al-Wustha 35. Doa ketika berada dalam kaabah 36. Doa ketika berada di Safa 37. Doa ketika berada di Marwah 38. Doa ketika berada di Mashh’aril Haram. Namun begitu kita digalakkan utk berdoa bila2 masa sahaja..tak semestinya semasa waktu2 di atas..apa salahnya doa2 itu diulang2..doa juga sebahagian dpd usaha kan..renung2 kan.. Semoga bertemu lagi dalam post seterusnya.. Salam kembali kepada Tuhan |
Friday, March 18, 2011
doa dan adab2nya.. :)
assalamualaikum..alhamdulillah hari ni masih diberi sehari lagi peluang bernafas di muka bumiMu ini ya Allah..kesinambungan daripada post sebelumnya..hari ni saya nak bicarakan mengenai adab2 berdoa..saya pasti ramai yang dah tahu tentang cara2nya..tapi apa salahnya kita berkongsikan..peringatan buat saya sendiri dan kalian semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment